Monday, August 19, 2013

:: salad buah ::

Assalamualaikum w.b.t,,,

hari ni simai nak kongsikan satu resepi yang teramat simple..
simai bukan la chef ataupun pakar memasak...
kalau setakat nak hentam2..kacau2 tu boleh la..hik2..
salad buah ni ayah simai yang proposed kan utk simai...
konon nya anak dia nak diet...
konon je la...
jom kita usha resepi...tapi sorry la yer...
simai tak sukat pon banyak mana gram nya,kilo nya or berapa sudu nya...
masuk2 je..dah siap...


bahan2 nya...ecece..

ok sila abaikan hiasan lain di dalam gambar sebab simai tersangat lah malas nak edit...kuang3
cuba tgk gambar...apa yang ada..haha

susu full cream..simai agak simai guna dalam setengah gelas...
mayonis untuk salad..yang ni simai guna banyak jugak..rasanya half dari plastik tu la..
buah kiwi...lemon..epal...
ok ada yang tak ada dalam gambar..gula + garam..

cara2nya pulak...

buah epal tu simai potong dadu...masukkan dalam mangkuk
simai blend mayonis + susu + garam(secubit) + gula(1 sudu makan) + kiwi + perahan lemon (sikit je)
lepas blend..tuang sos mayonis tu atas buah epal..kacau...
dan siap!!!simple tak???

boleh makan masa malam..ataupon masa breakfast...
jom tgk hasilnya....


utk pengetahuan semua...simai buat sos mayonis lebih...nnt bila nak makan beli je buah..
potong2..campur dgn sos mayonis tu...
buah tu boleh je kalau nak guna buah lain...
contohnya..kiwi..boleh tukar strawberry...
epal boleh je nak campur dengan tembikai susu ke..buah pear ke..ikut minat masing2...
mak simai ada cakap..kalau orang tak makan buah..boleh buat mcm ni...
ok...tu je la simai nak share sikit..hehe 
selamat mencuba!!!



simai









Wednesday, August 14, 2013

:: GPMS yang ke-65 ::

Assalamualaikum w.b.t,,,

ok sempena ulang tahun GPMS yang ke-65 ni...
simai nak review sikit pasal simai + GPMS ni..
last post simai ada review sikit ucapan dari DS Najib..


GPMS tu sebenarnya Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung..
meh nak share sikit mukadimah GPMS..

Kami pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948.


SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di semenanjung Tanah Melayu


SEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuan


SEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa


SEDAR bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami


BERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.


Muka2 semangat baca mukadimah...hik2

Sebenarnya simai kenal GPMS ni masa simai mula2 masuk UiTM Kelantan dulu..
1st sem diploma kan kena pilih persatuan sendiri..
masa pilih tu simai tak pilih GPMS lagi..
simai pilih kelab lain..hik2
tapi mungkin jodoh simai dengan GPMS..
bestfriend simai, Shima dia ajak simai join satu program GPMS kat Banglo GPMS kat KL..
simai ikut je la kan..program pun mcm best je..

dah sampai sana baru taw program apa sebenarnya..
"Kursus Asas Fasilitator (KAF)" 
mula2 program tu memang tak best
sebab ada gap antara senior n junior...
masa tu pulak simai sorang je junior dalam group yang ada 7 orang tu..
then ada satu aktiviti...dan simai dah buat diorang semua impressed..
start dari situ la..dah kurang gap tu..
makin lama makin hilang gap tu...

dari situ la simai kenal GPMS dan berminat nak join program lagi dan lagi...
sampai la simai diberi tanggunggjawab jadi exco masa sem 2 diploma...
terkejut juga masa tu..tapi simai tak tahu la mcm mana simai blh setuju terima jawatan tu..huhu
simai jadi EXCO Latihan dan Pembangunan..
di mana simai kena susun modul fasilitator dan modul program..
masa tu YDP (Yang di-Pertua) kami kak Wafa yang sangat sporting.. 


Gambar kenangan...wink2..gambar ni diambil selepas program Jelajah Motivasi Peperiksaan  ke sekolah2 negeri Kelantan

setahun lepas simai jadi exco..
simai dinaikkan pangkat..ecece..naik pangkat tu...
simai jadi TYDP..Timbalan Yang di-Pertua..
masa ni simai sem 1 ijazah...
dan masa ni pulak YDP kami Wan Muhammad Syahmi..simai pgl Wamusya..
sporting la jugak..eh,,sporting2..hehe..
jom usha2 sikit gambar masa simai jadi TYDP..

gambar ni masa Hari Bersama Persatuan..jaga meja takut lari...haha
...
gambar selepas program..rindu semua!!!

masa ni kena prank..kononnya nak surprise kan kami2 si birthday boys n girls..
potong kek birthday!!!ladies 1st..eh tak2..girls 1st..hik2
TYDP kena suap YDP..adusss..nampak tak ke'sporting'an kami..wink2..
 setahun lepas tu..simai sem 3..
naik pangkat lagi...
simai jadi YDP..seriously tak tahu nak cakap mcm mna..
sama ada seronok atau tak..
memang orang lain tgk mcm bahagia jadi YDP..
mcm best je kan..
tapi memang seronok..seronok sampai sengsara..
eh tak da la sampia mcm tu..
tapi mcm2 cabaran yang simai kena tempuh..apatah lagi masa simai jadi YDP..
GPMS UiTM Kelantan baru nak start naik lepas jatuh satu ketika dulu...
dan simai bersyukur simai ada barisan Majlis Tertinggi dan Exco yang byk sgt bantu..
kalau simai alkisahkan satu2 pengalaman simai jadi YDP..errrr..memang penat la nak baca...
apatah lagi nak taip kan..haha..kalau nak taw..meh jumpa..kita story face to face..ecece..
kalau nak tgk gambar blh je..jom..

di Banglo GPMS

again??
bersama MT GPMS UNISEL BJ di UTM Skudai,Johor
GPMS di UTM Skudai,Johor
K.A.M.I di Auditorium UiTM Kelantan
gambar selepas program adalah satu kewajipan...KAF di UiTM Kelantan
PAT di UIAM Gombak
barisan YDP..simai the only bunga di antara kumbang2..nampak kecik di situ...huhu
di UiTM Shah Alam..majlis pelancaran dana wang saku pendidikan 1 Malaysia...yang tengah2 bersongkok tu..presiden GPMS, Abg Jais with his wife..
barisan MT,EXCO,ADHOC GPMS UiTM Kelantan
di rumah pengerusi GPMS Negeri Kelantan, saudara Nik Saiful Adli selepas program Jelajah Motivasi

nak buat rakit..nampak semangat tak di situ???
jom berakit...di D'Risa Impiana Campsite Grik,Perak

Jelajah Motivasi..orang motivasi kat depan..kami bergambar di belakang..wink2
papa n abg a'a...

bersama naib canselor UiTM, YBhg Tan Sri Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar

di Sekolah Kebangsaan Machang

di hotel apa ntah..hehe..program bersama Dato' Ibrahim Ali

rajin kononnnnn..haha

us...

makan2 di rumah pengerusi negeri

program motivasi...
 ok tu gambar masa simai jadi YDP..
alhamdulillah masa simai jadi YDP..GPMS UiTM Kelantan menang persatuan terbaik UiTM Kelantan
untuk dua sem berturut-turut..satu anugerah buat semua warga GPMS UiTM Kelantan...

habis tempoh simai jadi YDP,,simai jadi apa??
apa lagi...jadi mantan la oii...sedih betul masa ni...
tapi walaupun jadi mantan...tak semestinya tak boleh buat apa2 kan..
 simai still join program diorang...
jom review gambar lagi..
eh sebelum lupa..masa ni bestfriend simai jadi YDP..
Nor Muslima..or Shima..

program di pusat KEMAS KL

with Abg Wan yang byk bantu GPMS UiTM Kelantan
wakil UiTM Kelantan di KEMAS KL
us again...
nampak tak ada pengacau di situ....ish3
program di Lata Iboi,Baling,Kedah..simai bagi support utk adik2..

di UPM Serdang..dapat anugeraj Khas Presiden

kami ramai2...
dalam dewan di UPM Serdang..seronok dapat anugerah..

Alhamdulillah,,,

K.A.M.I...U.S..G.P.M.S
 kenangan tetap kenangan,,
pengalaman banyak mematangkan simai..
banyak yang simai belajar dalam GPMS..
sesuai la kan dengan moto GPMS
"Belajar Terus Belajar"
 :: GPMS :: FAMILY :: FRIENDSHIP ::

other review...
 





simai





:: Ulang Tahun ke-65 ::

Assalamualaikum w.b.t,,,

Selamat Ulang Tahun ke-65 
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) 


Dari Twitter PM
In shaa Allah...

Terima kasih diucapkan kepada Perdana Menteri DS Najib
di atas ucapan dan pengharapan..
"Semoga perjuangan ini deberkati"-PM
amin...



simai
 

Sunday, August 11, 2013

soalan sambung sambung

Assalamualaikum w.b.t,,,

kupasan hari ini..ecece..haha
ok,,actually simai nak share persoalan yang beberapa hari ni simai selalu fikir..
soalan sambung sambung..

sebenarnya macam ni...
manusia sekeliling kita ni mesti nak tanya kita macam2 kan..

kalau kita belum kahwin,,,
ditanya nya kita ni...dah ada yang punya ke??
bila nak bertunang??
bila turn awak pulak??
kawan awak dah,awak bila lagi??

kalau dah kahwin,,,
dah ada 'isi' ke??
bila nak tambah ahli??
belum mengandung lagi ke??

soalan2 macam ni la yang selalunya buatkan seseorang tu rasa 'down' sgt2..
jodoh pertemuan rezeki kan semua tu Allah dah tentukan...
ada sesetengah orang,,jodoh ringan..
jadi....dia kahwin awal..umur 19,20,21,22 dah kahwin dah..
ada sesetengah orang pulak..jodoh dia sampai lewat..
dah dekat 30..takpon 30+ baru sampai jodoh..

soalan2 macam ni bukan tak boleh nak diajukan...
tapi biarlah kena pada tempatnya...
soalan2 ni kan termasuk dalam kategori soalan sensitif..
biarlah berpada kita bertanya tu kan..
siapa yang taknak kahwin kan??
siapa pulak yang taknak anak kan??
semua tu Tuhan dah tentukan...
orang boleh tanya siapa dan bila...
kalau kita tahu jawapan,,,,its ok la...
tapi jawapan yang kita tak tahu???

simai sendiri pon kdg2 mcm tu jugak..
tanya orang tu tanya orang ni..
tapi ya la..kena berpada pada la kan..
ok then~ ~ ~


simai

SELAMAT HARI RAYA!!!!!

Assalamualaikum w.b.t,,,

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
simai ucapkan buat semua...
semoga Syawal 1434H ini membawa 1001 makna buat semua...

simai tak sempat pon bergambar untuk raya kali ini..
tapi FYI,,,tema raya kali ni,,,warna oren + kuning..
so...dari 1st day raya sampai 3rd day raya...
memeng warna tu je la yang simai pakai...
4th day raya ada kenduri kahwin kat rumah jiran..
so..pakaian bebas la...hik2...
5th day raya????pakaian kerja la...
kena kerja dah kan..so mengadap kerja kat office la..

bagi simai,,raya kali ni,,,agak meriah berbanding raya2 lepas..
meh nak story sikit raya simai ni..
1st day raya...after solat sunat aidilfitri..dah ada tetamu...
around pukul 3 pm..baru balik kampung...
selalunya..around 11 or 12pm..dah gerak balik kampung...
tapi kali ni..lewat sikit..meraikan tetamu yang datang beraya...
raya kat kampung sampai malam..
around 1 pagi..baru balik rumah..
1st day-----done

2nd day raya...buat open house..
buat simple2 je..
kami buat mee kari...
ramai jugak la yang datang...
tak terkecuali bestfriend simai...
itu pon sebab ayah simai yang call dia..
kalau tak..memang tak datang la..pemalu konon..
tapi bila dah datang rumah...hilang malu tu..semua saudara simai yang datang rumah dia tegur..
around pukul 12 malam...baru la boleh rest sikit...
penat jugak la..tapi bukan selalu kan..hehe
 2nd day raya-----done

3rd raya...simai pergi jalan2..
+ still ada tetamu datang rumah...
dah namanya raya kan..mesti la ada tetamu kan..
layan tetamu sampai malam...
3rd day ray----done

4th raya...macam yang simai cakap awal2 tadi...
ada kenduri kahwin kat rumah jiran...
so tolong apa yang patut la...

ok tu je la raya simai...
gambar memang tak sempat nak snap..
apa2 pon...
Selamat Hari Raya..
simai mohon maaf bebanyak kalau ada salah dan silap
biasa la...manusia tak pernah lari daripada buat kesilapan kan...
dan simai maafkan salah dan silap saudara dan saudari sekalian...
jom kita bermaf-maafan ye...


simai



Thursday, June 20, 2013

:: bukan penggangur lagi::

assalamualaikum w.b.t,,,


hai semua...
pekabor???simai sihat je..wink2..
ok sebelum simai ni melalut tak tentu pasal...
simai nak mintak maaf beribu2 maaf...
sebabnya???
last post....simai ada gtaw yg simai nak update gambar hantaran yg simai buat kan...
tp simai tak sempat nak ambik gamabr pon..
maaf sesangat ye...mcm yg simai gtaw dlm post tu jgak..
org lain yg kawen..org lain yg sibuk...
mmg sgtttttt sibuk...
sempat la snap beberapa keping gambar..tp gmbr hantaran tak snap la pulak..
snap gmbr lain..hihi ^_^

ok berbalik kepada niat asal post ni...ecece...
tgk la tajuk la kan...
simai bukan lg penggangur..
Alhamdulillah...
hari isnin yg lepas bersamaan 17 Jun 2013..
simai dilantik sebagai PSH..
Pekerja Sambilan Harian..
under SPP...
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran...
dan simai bekerja sbg 
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi).....PT (P/O)
kontrak 6 bulan..ok la kan..
simai antara 634 org yg tpilih drpd 12000 org yg pergi open interview..

Jadi minggu pertama sbg PT(P/O) ni...
ok la...
kerja kat sek rendah..
Sekolah Kebangsaan Batu 8,Sik,Kedah.
dari rumah simai dalam 40 min...
so,,berulang alik la kan..
mmg tak berhajat nak cari rumah sewa pon..
sebab kalau duduk rumah sendiri mmg byk kelebihan..wahhh

suasana sekolah???
student ada 166 org...
mmg sng la kerja kan..
cikgu pon ada la dlm 25 org...
cikgu kat situ semua sporting..
guru besar???a.k.a bos???
lagi la sporting...
mmg tak rasa pon mcm org baru kat situ..
bkn stakat tu ja...
staf sokongan lain (pekerja kantin,,akk n abg2 cleaner..guard dan lain2 la..) ponnn sporting jgak...
jadi pesanan kpd cikgu2 or bakal cikgu yg akan dpt sek tu...
mmg takkan rugi...walaupon sek tu sekolah luar bandar...

antara pengalaman bekerja minggu pertama...jeng3
~ student bg salam "assalamualaikum cikgu" bila berselisih..agaknya diorng igt cikgu baru kot...
~ setakat minggu ni,,simai tak keluar duit beli makan lagi..sebabnya hari pertama taklimat kat JPN (diorang bg mkn...hari kedua abg wan (PAP) belanja...hari ketiga kak chik (PT (P/O)) belanja..hari keempat cikgu Mat Aker buat makan2 sempena menang anugerah guru cemerlang...tgh hari tu pulak ada cikgu yg buat makan2 jugak..makan laksam...haaa..rezeki namanya tu..keluar duit minyak je pergi kerja...
~ ramai cikgu terkejut bila graduan ijazah kerja sbg PT (P/O)..simai ckp simai tak kisah..nak cari pengalaman..zaman sekarang ni pulak susah nak dpt kerja..nak cari senang je..wahahaha
~  ada jugak cilgu yg terkejut umur mcm simai ni dah boleh kerja..plus ada ijazah plak tu...pelik ke??? 

ish kalau nak cerita bab pengalaman ni..mmh sampai esok lusa pon tak habis2..
pendek kata simai tak rasa menyesal dpt kerja ni walaupun ramai yg kata kerja ni taraf lulusan SPM..
guru besar pon ada gtaw simai...grab dulu kerja yg mna dpt..cari pnglmn...
sebab umur simai ni muda lg..(muda la sgt)...haha

yg penting,,,simai bukan lg penggangur..
dan simai dah boleh kumpul duit...
nak kawen..wahahahaha
tapi sebelum tu...
kena cari calon dulu...*tingtong*

ok la...nak pergi cari calon dulu..
eh tak2...nak out dulu..nak study sikit..hihi
ok bye...


~simai~