Thursday, November 29, 2012

:: perempuan dan lelaki = bestfriend | boleh ke??? ::

Assalamualaikum w.b.t,,,

hari ni simai nak discuss satu topik...
topiknya??boleh ke perempuan dan lelaki jadi bestfriend??
hanya bestfriend dan statusnya tak lebih dari seorang sahabat baik...

ada sesetengah mengatakan bahawa lelaki dan perempuan,,kalau sudah terlalu baik,,
status boleh ditukar atau lebih senang kita cakap,,boleh jadi kekasih...
 kalau kita ada kawan baik dalam satu kumpulan (merujuk kepada kumpulan yang mempunyai ahli ramai),, mungkin perasaan itu berbeza...
maksudnya,,perasaan boleh dikawal dan perasaan itu tidak lebih dari seorang sahabat.
ini pendapat orang la kan...

tapi bagi simai,,
walaupun seorang perempuan dan seorang lelaki menjadi baik*merujuk kepada 2 sahabat baik lelaki dan perempuan
perasaan sebagai sahabat baik akan terus kekal seandainya kedua-duanya bijak memainkan peranan sebagai sahabat
sebagai contoh,,,simai sendiri ada seorang sahabat baik...kami berkawan sejak dari tingkatan 4..
dan sehingga sekarang status itu masih kekal...
kami senang berkawan...kami senang berkongsi masalah bersama...
dan simai rasa,,,simai lebih menjadi diri sendiri bila simai dengan dia...

simai nak berkongsi sedikit tips untuk lelaki dan perempuan yang nak jadi kawan baik...
* ikhlas kan hati nak berkawan - yang ni penting sekali..nak buat apa pun,,hati kenal ikhlas kan??
jangan la ada niat nak ambik kesempatan..contohnya,,berkawan sebab dia anak orang kaya..
berkawan sebab dia cantik/handsome..tak perlu2...ikhlaskan hati,in sha Allah,,semuanya pasti baik
*abaikan perasaan cinta - haaa...yang ni penting...kalau pun kita ada perasaan cinta pada sahabat baik sendiri,,kita abaikan dulu..maksud simai,,bukan ignore 100%..tapi kalau kita yakin,,sahabat baik kita tu jodoh kita,,berdoa pada Yang Esa supaya satu hari dia jadi milik kita...tapi jangan diluahkan dulu..pernah simai dapat tahu dari seorang kawan simai ni yang persahabatan dia dengan kawan dia tak kekal lama lepas dia luahkan perasaan cinta..so,,tak perlu nak luahkan lagi..kalau betul jodoh anda dengan sahabat baik anda,,in shaa Allah,,nanti Tuhan akan tunjukkan jalan...
*sentiasa berdoa - ni lagi satu tips penting...sentiasa doakan persahabatan anda dan sahabat anda...
lepas solat...dah doa untuk kedua ibu bapa,,doa untuk diri sendiri,,jangan lupa berdoa untuk sahabat...
doa adalah hadiah yang paling yang paling ikhlas,,dan paling bernilai...in sha Allah persahabatan itu milik anda...
*sentiasa ada give and take - yang ni lak,,simai dengan sahabat baik simai selalu jugak la ada..tak kisah la 'give n take' tu dalam bentuk apa...harta benda ke,,keputusan ke,,masalah ke...contohnya,,kalau simai pergi mana2,,simai belikan dia something..sebagai kenangan..kalau keputusan pulak,,kami selalu bincang..nak pergi mana ke,,nak buat apa ke..kalau maslaah pulak,,jangan kita je selalu beritahu masalah kita..dia pun mungkin ada masalah kan..kadang2 kita kena jadi pendengar jugak kan...
*bergaduh adalah perkara biasa - yang ni memang selalu la kan..macam simai sendiri,,,kami dah bersahabat selama 7 tahun..tipu la kalau tak pernah gaduh..gaduh besar,,gaduh kecik..semua dah pernah..tapi sehari dua je..bila dua2 dah ok,,kena sama2 mintak maaf kan...simai dengan sahabat simai,,kadanag2 nak buat keputusan pun boleh gaduh...gaduh2 manja..hehe..
*sentiasa menyokong - apa pun yang sahabat kita nak buat,,sokong la dia..walaupun kita seorang je yang sokong dia..kalau rasa apa yang dia nak buat tu salah..betulkan la kesilapan dia..sahabat kita akan lebih bersemangat nak buat sesuatu apatah lagi kalau sahabat baik dia sendiri yang bagi sokongan...

setakat ni,,tu je la tips yang simai dapat kongsikan...dan yang ni la yang simai dan sahabat baik simai buat...simai lebih suka hubungan persahabatan ni,,sebab simai boleh jadi diri simai sendiri,,simai boleh jadi nakal2..boleh je nak kutuk dia...dan dia pun macam tu...selalu je kenakan simai,,selalu tegur kalai simai salah...

oppss...simai baru teringat,,simai belum bagi lagi hadiah simai beli kat dia masa simai pergi sabah n terengganu...hadiah sabah ada kat rumah mak,,hadiah terengganu ada je kat simai ni..nnt ye simai bagi...

saya sayang sahabat saya ^_^


Wednesday, November 28, 2012

:: Statistics vs Medic ::

Assalamualaikum,,,

tinggal berapa hari sahaja lagi simai akan menamatkan latihan praktikal di KPDNKK ni...
pengalaman yang sangat menarik,,,
opps,,belum habis praktikal lagi,,so,,belum masanya lagi nak ber'story' pasal ni...

actually,,simai nak share satu story ni,,
pasal simai la kan,,
'story'nya,,,,,,,,,,,,
bila student statistics belajar medic...
what??belajar medic??
bukan simai tukar course la...
actually,,simai kena buat satu research pasal harga ubat,,
perbezaan ubat paten dan ubat generik,,,
daripada kajian tu,,,simai boleh bagi cadangan pada kerajaan malaysia untuk jimatkan bajet negara,,
bunyi macam projek besar kan,,yup,of course la projek besar,,,
sangat-sangat besar...

at first,,simai dapat projek ni,,simai macam terkejut jugak la,,
simai ni hanyalah internship student kat sini,,
tapi maybe pegawai kat sini percayakan simai ni..
so,,dia bagi simai buat projek ni atas guidance dia...

dah dapat tajuk,,simai pening-pening lalat lagi...*lalat pun tak pening macam ni*
tapi,,pegawai yang baik hati tu telah meng'explain'kan serba sedikit pasal ubat ni...
*hancur bahasa melayu aku*
boleh la faham sikit...sebab mostly pasal research ni bukan pasal medic sangat,,
tapi pasal intellectual property (IP)..term ni simai pernah belajar last semester...
so,,tahu la jugak...

then,,dah di'explain'kan pasal topic research ni..
simai diberi data...
tengok data,,macam ok la,,*tengok je*
balik tempat simai,,nak cuba analyze...
fuh...berpeluh jugak la nak analyze tu..
sebab kena susun balik..
almaklum la..yg simai dapat tu,,raw data yang sememangnya belum diproses apa pun lagi...
*nama pun raw data kan*
nk susun balik ni satu hal..nama ubat tu macam-macam ada..
for examples.....atorvastatin,clopidogrel,lansoprazole,ciprofloxacin,,,
tu baru 4 jenis ubat...adoiii..
kalao nama paracetamol tu selalu jugak la dengar nya..
tapi simai ok je..sebab semangat nak belajar tu ada..hehe

em,,so far..research tu ok la...
tapi simai belum dapat full raw data lagi..
once simai dah dapat,,
in sha Allah,simai nak analyze dan terus buat slide presentation..
presentation untuk MOH *Ministry of Health*,KSU KPDNKK and so on...
memandangkan masa praktikal simai dah hampir tamat,,simai kena siapkan dalam masa terdekat ni...
 
Gambar sekadar hiasan

so,,wish me best of luck...
^_^

Monday, November 26, 2012

:: Snap gambar sendiri ::

Assalamualaikum w.b.t,,,

untuk post ni,,simai nak kongsikan satu berita..
berita???oh no,,cerita la...
bukan cerita apa pun,,,
first time simai snap gambar sendiri depan cermin toilet...
selalu tengok orang lain buat kan..
masa tu,,tgh tgu kawan..lama la plak kn..hihi
so,,tak tahu nak buat apa,,
simai snap gambar...
mcm ntah apa2 kan..snap gambar sendiri..
kat dalam toilet lak tu...
tapi nk share gak la...
simai yang pipi makin tembam,,
tapi ada orang kata
*orang lain yang cakap ye,,bukan simai*
simai nampak makin kurus sejak praktikal...
jom tengok ketembaman budak simai ni...

 #time ni simai pakai baju bersai 'L' yang besar...nampak kembang#kuang3

ok...finish the sory..
sesape yang nk kritik,,dah boleh kritik sekarang...lalala
^_^



:: Sorry to say ::

Assalamualaikum w.b.t,,,

hari ni,,simai nak kongsikan satu perkara..
simai agak tak berpuas hati dengan apa yang simai tengok sendiri,,

beberapa hari lepas simai pergi satu program,,
yang dianjurkan oleh satu pertubuhan yang besar,,,
sorry to say,,simai jadi urusetia untuk program tu,,
*nama program perlu dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu*
memang simai rasa seronok dapat jadi urusetia program tu,,,
sebab simai ni kan jenis yang tak reti duduk diam...

program bermula hari jumaat..
jam 3 petang,,simai dan kawan check in kat hotel..
then,,malam ada dinner yang agak 'grand' la..
makan sedap..VVIP pun nampak 'happy'...
ada kambing panggang...*panggang kat situ*
simai duduk semeja dengan wakil salah satu universiti pantai timur...
baru 5 minit duduk semeja,,dah nampak mesra..
ini lah rakyat Malaysia..
mudah mesra...

ok,,teruskan dengan point...
masa tengah makan,,
bukan kami dan tetamu dihidangkan dengan makanan sahaja..
ada jugak persembahan,,,
nyanyian dan tarian..
nyanyian ok la..
ada 2 orang penyanyi..
sorry to say,,simai tak kenal dua2 penyanyi..
tapi ada orang cakap,,penyanyi lelaki tu pernah masuk rancangan realiti tv..
sorry to say again,,simai memang tak kenal..
memandangkan terlalu ramai artis baru...

sebenarnya,,bukan yang tu simai nak cakap,,
salah,,nak taip..hehe..
persembahan tarian malam tu agak menarik...
ada banyak tarian,,,
dah habis satu tarian,,,penari2 tu masuk tukar baju lain...
dan ada satu tarian,,,
background music,,gangnam style...
dan dalam tarian ni,,ada babak2 yang tak sepatutnya ditarikan or ditunjukkan..
memandangkan ada vvip yang bukan calang2 orang..
dan tetamu yang ada kebanyakan dari kalangan mahasiswa/i...
sorry to say,,,bila budaya luar diambil 100%..
tanpa ditapis dahulu..
tak salah nak ambik lagu tu as background music,,
lagu rancak,,tarian pun best...
tapi lain yang jadi,,bila apa yang ditunjukkan 'terlalu di luar jangkaan'...
Gambar sekadar hiasan
ada yang mempersoalkan tarian tu pada simai,,,
tapi sorry to say,,simai dan kawan2 jadi urusetia selepas dinner malam tu..
kami diberi tugas bermula hari sabtu...
sorry to say again,,memang kami langsung tak tahu pasal tarian ni..
dan sepatutnya pengurus tarian perlu peka dengan setiap langkah tarian ni..
memandangkan VVIP dan tetamu kebanyakannya adalah orang Islam,,,

simai cuma nak pesan,,
berhati2 lah dengan setiap langkah yang diambil...
sebab yang akan dapat nama adalah penganjur,,
mungkin ada yang terlepas pandang,,
tapi bila ia melibatkan 'big event'..
kita perlu lebih peka...

and last but not least,,
simai nak minta maaf andai apa yang dibicarakan agak kasar,,
dan andai ada menyentuh hati mana2 pihak,,,
maaf sekali lagi...
^_^

Sunday, November 25, 2012

:: Konvensyen Penjaja dan Peniaga Kecil (Bah II) ::

Assalamualaikum w.b.t,,,

hai alls,,,
urm,,mcm yang simai janjikan dlm entry sebelum ni...
simi nk kongsikan sedikit ilmu yang simai dpt masa bengkel konvensyen...
tapi tak banyak la yg dapat dikongsikan,,
sebab simai jadi sekretariat program..

ada seorang moderator dan 4 orang ahli panel..
moderator : Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil bin Che Din
Ahli Panel : 1)YBhg. Dato' Dr. Hj Ameer bin Mydin
2) YBhg. Dato' Nelson Kwok Teng Foon
3) YBhg. Dato' Moehamad Izat Emir bin Ahmad Habechi
4) En. Vijaya Kumar a/l Kishin Singh

 dari kiri : YBhg. Dato' Nelson Kwok Teng Foon, YBhg. Dato' Dr. Hj Ameer bin Mydin, Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil bin Che Din, YBhg. Dato' Moehamad Izat Emir bin Ahmad Habechi, En. Vijaya Kumar a/l Kishin Singh

Panel 1

- Business perlu ada lesabaran
- Catat. Tuan Mydin selalu dengan buku 555. Jadi setiap apa yang perlu, dicatatkan dalam buku 555.
- Usia hanya sekadar angka. Tambahkan ilmu selaras dengan zaman teknologi sekarang.

Cara Mydin berniaga :
1 - Globalisasi Halal
2- Konsep Borong
3 - Penyertaan IKS/PKS
4- Kepelbagaian
5 - Ganjaran kepada pelanggan
6 - Jujur dan beri perhatian kepada pelanggan
*Pelanggan no. 1 (Ichiban)
*Pelanggan sentiasa betul
7 - Give what your customers want
8 - Staf adalah penting
9 - Sedia menerima perubahan
10 - Minat penting
11 - Teknologi
12 - Lakukan mengiku cara yang halal
13 - Disiplin 
*Punctuality very important
 YBhg. Dato' Dr. Hj Ameer bin Mydin sedang berkongsi ilmu

Panel 2

Produk popular : Jagung Nelson's

Mengamalkan 5 P's dan SHARP
*Product
*Price
*Place
*People
*Promotion

S - Services, smile, sales, self discipline, sincerity
H - Honest, harworking, helpful, humble, helathy
A - Active, alert, action, awareness
R - Responsible, respect, recognition, righteousness
P - Product knowledge, patient, proactive, passion
 YBhg. Dato' Nelson Kwok Teng Foon memberi sedikit ilmu


Panel 3

- muka tebal cari rezeki
- rajin
-kena da cita-cita / angan-angan
- bercampur dengan orang berjaya
-everything you do, kena cepat
- kalau ada orang tiru product kita, take it positive

 Perkongsian ilmu oleh YBhg. Dato' Moehamad Izat Emir bin Ahmad Habechi

Panel 4

#Pengarah Pusat Tusyen Rakan
#Tahun ke-2,buka 3 cawangan tusyen

- jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan
jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan
*En. Vijaya mengaitkan ayat ini dengan cerita semut...
-berwawasan, bervisi, bermisi
#learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow#
-berdikari
#don't depend too much on anyone in this world 
because even your shadow leaves you when you're in darkness#
-mantapkan diri dengan maklumat terkini
-bijak mengambil peluang
#it is hard to fail but it is worse never to have tried to succeed#
- usahawan mestilah fleksibel
#anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda
tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda#
-komitmen yang tinggi
#kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa#
-teliti dalam perbelanjaan syarikat 
#belajar bersyukur ketika mendapat keuntungan
belajar tersenyum ketika mendapat kerugian#
-tidak mudah putus asa
-berhati waja dan sanggup menghadapi cabaram
#kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah#
-lebih bertenaga
-sanggup berubah
 En. Vijaya Kumar a/l Kishin Singh penuh bersemangat

Maaf la ye,,sharing dalam bentuk point...lg senang simai rasa dlm bentuk point..hehe
so,,sesape yg nk jd usahawan berjaya,,boleh la amalkan petua dari 4 orang usahawan hebat ni...
yang tak nak jadi usahawan,,tapi nak kerja lain,,still nak berjaya kan..
boleh juga ambil petua ni..tapi selaraskan dengan kerjaya anda2 ye..
ni je untuk entry kali ni..
jumpa lagi u alls...
^_^

Wednesday, November 21, 2012

:: Konvensyen Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Nasional ::

Assalamualaikum w.b.t.

testing2...1 2 3..
eh..dah mcm test microphone lak..
ok,,,simai nak share story sikit..
18 nov lepas bersamaan hari ahad...
simai diminta oleh pegawai praktikal simai
untuk jadi sekretariat program..
tanpa segan silu dan tanpa soal jawab,,
simai jawab.."boleh puan..."
eh,,tapi program apa??
haha..simai ni..main ckp je..
haha..nasib badan la...sape suruh awak setuju je...

beberapa jam kemudian..ecece
kring2...kring2...
telefon berbunyi...
"Mai,,saya ni..puan Sharena..."
"Ye,,saya puan"
"Awak boleh tolong datang bilik saya jap??"
"Em,,boleh puan"..jawapan pekerja berdedikasi..*puji diri sendiri sikit*
------------------------------
"Mai,,awak tolong print slide ni"
"boleh puan"
ambik pendrive dan terus ke pergi print...
motif cerita pasala benda ni????
actually nk gtaw..lepas print slide,,baru la simai tny pasal program tu..
dan detailnya...
program : seperti di tajuk..*simai yg malas*
tarikh : 18 nov = ahad
tempat : picc
wakil department : 3 org
"ok puan..noted"
-------------------------------
maka,,,di pg ahad itu..di kala org lain sedang berjoging...
ada yg sedang menonton tv...ada yg sedang tidur...
ada yg sedang ber'dating'..ada yg sedang bergumbira dgn family...
simai mula me'start' sijau..memanaskan enjin sebelum bergerak ke picc...
-----------------------------------
sampai je kat picc,,,Ya Allah...ramainya manusia kat sini...
pergi tempat pendaftran...mak aiii..ramainya beratur...
pergi tempat pameran...Tan Sri,Pn Sri,Dato,Datin,Encik,Puan,Akak,Abang,...tumapang lalu ye...
pergi dewan besar lak...lagi la ramai org...ikut la Pn Sharena berpusing2..
aiii..mna nak duduk ni...ramai sgtttttttttttttt ni...
bisa bikin kepala gue pusing ni..adusss....
pergi tny sekretariat department lain...
memandangkan simai budak praktikal..dgn malu2 simai bertanya...
brapa org target population???tipu2..bukan soalan ni...*ni kes 3 bulan ngadap thesis*
soalan sebenar :: "akak,,bpe org yg kita target nk dtg hari ni??"
"em,,yg reply confirmation attendance,,,lebih kurang 2000,,,tapi kita target 2500"
"owh..tapi kak,,tak mcm 2000 pun"
dalam hati..dh mcm sejuta org je..*hyberbola sgt*
"em,,tu la..risau gak ni..takur tak cukup seat dlm dewan"
"takpe..kita tengok dulu cne..."
tiba2...kreuuuuk...kreuukkkkkkk...*gegendang perut berbunyi*
baru nk g cari makan..."jom mai..kita pergi dewan bengkel"
"ok2...jom"*pergi dgn muka lapar sebab belum breakfast lg*
masuk hall 1..kemas hall..then..ada sokrang pegawai dari department lain dtg..
"siap2 ek..dewan besar dh penuh..dewan bengkel yg lgi tiga pun dh penuh..tinggal yg ni jebelum masuk lg..
mybe lepas ni dewan ni pun ada org masuk"*nampak sgt org yg dtg ter'over flow'...
bru je encik pegawai td pergi..sorang...sorang...sorang...dhhhhhh penuh dewan...
dgn skrin putih yg besar dan kecanggihan teknologi yg ada...kami menonton secara 'live'..
*mcm tgk wayang pulak*...
beramai2 la kami tgk wayang yg penuh ilmu di dada kt dewan bengkel tu..
tajuk "wayang" : P1MPIN (insurans penjaja dan peniaga..)*wah dh insurans sekarang
dh hbs "wayang"...ada perasmian..
'mengumumkan ketibaan.........*panjang sgt senarai vvip yg mc sebut*
senang ckp..perasmi program,,,Dato' Sri Ismail Sabri..of coz la Minister KPDNKK yg rasmi kn...
and about 12.30pm..programme end..
kreuuukkk..kreuukkk..*bunyi lg*
bila pn sharena n pn latifah panggil "Mai,,jom makan"
"jommm"..sampai kafe..makanan sekretariat hbs...aduss,,sadisnya...
mana tak habisnya...yg datang 3000 lebih..
x pe la simai..ada rezeki nnt ada la tu..*think +ve*
balik dewan semula..kemas apa yg patut..ada bengkel petang ni...
about 2.o0 pm..dh ramai yg masuk dewan...
pn sharena : "mai,awak jaga masa ek..13 min,,bunyi loceng sekali..15 minit..2 kali.."
simai : "ok puan.."...ring2..loceng berbunyi..
sementara tgu semua peserta bengkel masuk...
simai tengok2 sekeliling...ramai jugak org..then..nampak someone..
org yg simai sgt kagumi...
"YBhg Dato' Dr. Hj Ameer bin Mydin"
owner Mydin...
then,,dia tegur simai.."Hi,,how are u?"
""I'm fine Dato'".."How about u?"
"Yeah,,I'm good..As u see now"...both of us smile..
*of coz la simai senyum kan..dpt bertegur sapa dgn tokoh usahawan..
about 2.20 pm..bengkel start...sorang moderator..4 org ahli panel..
ahli panel =  usahawan yg berjaya..siapakah 4 tu??
perkongsian bengkel???
kita tamatkan dulu entry di kat sini..
simai akan kongsikan serba sedikit ilmu yg simai dpt masa bengkel tu dlm next entry...
before end,,simai nk gtaw..about 3.30pm,,baru simai dpt mkn..tu pun,,bengkel belum hbis,,
hall yg simai jga tu,,tgh sesi soal jwb,,blh la lari jap..takde la lari sgt pun..
so,,dpt minum petang sikit pun dh bersyukur sgt dh..
sikit ke??byk gak yg simai mkn actually...sabo je la...
ok la..nak tahu perkongsian dari 4 org tokoh usahawan terkenal,,next entry yer..
so,,end here,,c ya next entry!!!

 
 

Monday, November 19, 2012

:: Fiqh of Salah @ UPM,Serdang ::

Assalamualaikum w.b.t,,,

untuk sahabat2 sekalian,,
nak share sikit..
AlMaghrib Institute conduct a seminar about "Fiqh of Salah" or "Fiqah Solat"
the programme was held at Auditorium of Medical Faculty,UPM Serdang..
ecece simai speaking English lak ye...hehe
em,,seminar ni selama 5 hari dan bayaran sebanyak RM400..
tapi simai ngan kwn simai(feefa) pergi utk satu mlm je sebab ada free seating utk mlm tu je
tu pun mlm tu opening je...
ada la jugak ilmu yg dapat dari Shaykh Abu Eesa Niamatuullah
penceramah yg berasal dari Cairo,Egypt

apa yg simai dpt kongsikan kat sini??
em,,ada satu ayat yg simai suka
"Kita ni sebenarnya roh yang sedang merasai pengalaman manusia"
bila simai dengar ayat ni,,membuatkan simai sendiri terfikir pasal roh simai...
dh cukup ke simai bg roh simai makan??
makan??maksudnya,,kalau jasad(manusia) tu lapar nasi..
roh lapar ketenangan..keredhaan Ilahi..
dan bila ckp pasal mkn..
ada satu analogi yg Shaykh Abu Eesa guna dlm talk tu..
"Starving"
mcm yg simai ckp td..
bila jasad lapar..cepat2 je cari makanan utk jasad tu kn..
tapi tanpa kita sedar..roh tu pun sebenarnya lapar..
sebab tu kadang2 kita rasa tak tenang..
rasa gelisah..rasa mcm ada yg tak kena je..
sebab roh dah bagi signal yg dia lapar..

actually,,roh dan jasad saling melengkapi..
kalau roh takde jasad,,tak lengkap la..
mcm tu jugak kalau jasad takde roh..
maksudnya,,,kat liang lahad la kita kan..
tapi dah bersedia ke nak ke liang lahad andai roh tak cukup makan???
#tepuk dada tanya iman#
 bila roh dan jasad saling melengkapi
hati dan fikiran yang akan mengawal..

jadi sahabat sekalian,,
sama-samalah kita perbaiki diri...
In Sha Allah,,
andai kita ada niat dan keinginan untuk perbaiki diri,,
Allah permudahkan segalanya..
andai ada kesukaran jalan untuk ke arah cahaya Allah
cuba fikirkan  positif..
tu semua dugaan yang Allah bagi untuk hambanya dan cubaan tu untuk menguji roh dan jasad..
juga hati dan fikiran...
#Allah tidak akan menguji hambanya melebihi dari kemampuan  hambanya#

em,,simai perlukan juga perlukan sahabat2 sekalian untuk menegur
andai ada kekhilafan dari simai ni
almaklum la..
kadang2 hati ni terlalu ikutkan perasaan remaja ni..
remaja ke??hehe..
nak share la sikit gambar kat sana..sikit je...

-simai-feefa-

-sharifah sofia-simai-sharifah aleya-

Sunday, November 18, 2012

:: simai @ Terengganu ::

Assalamualaikum w.b.t...

alkisah budak simai ni..
yg suka berjalan-jalan...
dan kali simai ke Terengganu..
hey hey hey Ganu kite...*ecece semangat ganu lak

12 nov 12,,tepat jam 10.30 malam,,,
simai naik bas transnasional...
sepatutnya bas gerak jam 10 mlm..tp memandangkan bas lewat
so,,bas gerak dalam jam 10.45mlm..em,,nk kena complain kat pengguna ni
(mentang2 la skang ni kerja kat KPDNKK kn,,dh tahu dh pasal pengguna ni)hehe

beberapa jam kemudian,,,
jam 3.00 pg...
haha,,kasi suspens sikit...
simai sampai di depan The Store Supermarket,Kemaman..
*nak shopping tak boleh sebab dah pukul 3 pg kn*
dh sampai situ,,simai tgu kwn simai ambik..
about 10 minutes tgu kt situ,,
kwn simai,,dayah dgn mak nya dtg ambik simai..
sampai umah dayah,,borak dulu dengan dia..*rindu sebab dh lama tak jumpa*
byk yg di'story'kan pg tu...
jam 5 pg baru la kitorang tidur... ZzzzZzzzz...

pagi tu,,jam 10 pagi...
simai dan dayah bergerak ke Kuala Terengganu (KT)...
eh2..sebelum gerak,,kena ambik driver dulu..
driver???hehe..sorry aziz...
jadi driver lak ye...
so,,kitorang ambik aziz kat tempat kerja dia..
Petronas Carigali Sdn. Bhd. Kertih

dh ambik driver,,apa lg..jommmmm

actually..simai pergi KT sebab kwn simai bertunang..
kwn simai tu dulu,,roommate,,housemate,,classmate,,coursemate,,campusmate,,
haha apa lagi...pgi kelas sama2..so,,nampaknya,,memang rapat la kan..
sebab tu la,,dia baru bertunang pun,,simai semangat nak pergi jugak..

dh sampai KT,,simai pulak berdebar..*mcm la simai yg nk bertunang..hik3
pgi cari beg dulu..hadiah yg simai nk bg tak de beg lg...*paperbag je
cari yg warna purple..*sebab dia suka warna purple..
ok done with the present..

sampai je rumah kaklong..*panggilan utk kwn simai
pergi masuk bilik dia...
owh,,tengah make up rupanya..
tapi panggil jugak
aaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!*suara k.long
mai!!!!!!*suara k.long lg
dia terkejut sebab simai tak gtaw dia simai nk dtg...
simai mmg suka buat surprise...*wink2
k.long pulak igt dayah sorang je nk dtg..
sorry k.long dh buat k.long terkejut...*muka tak bersalah..hehe
em,,ok2,,teruskan dengan make up dulu..
simai dgn dayah nak ambik gambar...

Dari pihak kak long
pink + blue = gorgeous
simai ambik aura..hehe
dari Abg Long

Dari Abg Long lagi



 Gambar Kak Long bertunang???atas permintaan Kak Long sendiri,,gambar tak boleh diupload sebab privacy..dia kata gambar kawen nnt,,blh upload..huhu

mkn dh,,bergambar dh,,usik2 k.long dh,,goodies bag pon dh dpt..
so,,dayah!!jom g jalan2..hik3..
about 2.30pm..kitorang bergerak balik..*walaupun k.long tak bagi balik lagi

maaf k.long...tgu k.long kawen,,kitorang dtg lg ye,,,

next destination,,pasar payang...
beli mcm2 kat sini..
baju untuk setiap ahli keluarga simai
present untuk bestfriend simai
beli kain sutera*officemate kirim
beli keropok untuk cousin + housemate
beli keropok untuk feefa yg tolong hantar n ambik simai kat stesen bas...

habis pasar payang,,,ke mana pulak???
eh,,kitorng belum solat lagi la...
jom2..solat dulu..
kat masjid terapung *sebelum ni pernah bergaduh dgn bestfriend simai
kononnya masjid terapung dengan masjid kristal adlah masjid yg sama,,so sekarang dh tahu*hehe
sebelum pergi solat bergambar dulu...ish3 apa nak jadi..*excited sgt dpt pergi masjid terapung


gambar yg agak gelap...
jelas sikit,,,
masjid terapung
jambatan ke masjid terapung
 lepas solat,,bergambar lagi...
hik3...
simai + dayah = kami kawan baik!!!
simai + aziz
 dh habis bergambar depan masjid terapung,,kitorang bergerak balik ke kemaman
sebab nk bwk simai ikut jln pantai
kitorang pun ikut jln lama*jln sebelum highway ke kemaman siap
then,,lalu depan masjid Tuanku Nur Zahirah..
apa lgi..bergambar la simai...
simai depan masjid Tuanku Nur Zahirah
again,,,
  dh hbs gambar??gerak lagi...
pon3..kereta berbunyi...
tiba2..aziz tny..kt sini tak nak bergambar???
simai tgk2...
eh,,kt mana ni??*muka blur
then dayah n aziz gtaw,,ni la rantau abang..
then dayah usik simai..
abang ape??
abang ******..jeng3...
takde la dayah...ish3..suke benor ngusik ye..
apa lg..ambik gmbr lg..hik3...tq aziz,,tolong ambik gmbr..

senyummmmm.... :)
simai + dayah @ rantau abang
dayah=penyu...simai=rantau abang
saya sayang kawan saya!!!

dh hbs bergambar depan tu...
em,,bergerak balik la..nak pergi pantai..dh lewat...
hmm,,,lain kali la...
so,,mana lagi nak pergi..memandangkan dh masuk waktu maghrib,,
kitorang hantar aziz balik...
tapi simai dgn dayah balik rumah terus ke???
tak la..pergi jalan2 kat mesra mall dulu...
sempat lg bergambar kat situ..hehe




dh habis jejalan kt terengganu..
so,,mlm tu,,simai naik bas kul 12.00 balik ke putrajaya..
sampai putrajaya jam 5 pagi..
tq feefa sebab tolong ambik simai...
dan pagi tu jugak terus bersiap pergi kerja..


#tq dayah n family#
#tq aziz#
#tq feefa#
#congrats k.long# 

Thursday, November 15, 2012

:: Awal Muharam Satu Permulaan ::

Salam Maal Hijrah...
Salam Tahun Baru...

em,,hari ni simai nak kongsikan azam tahun baru simai...
untuk tahun 1434H dan seterusnya...
simai nk berubah jadi muslimah yang lebih baik...insyaAllah
simai nak jadi anak solehah untuk mak ayah simai...insyaAllah
simai nak jadi sahabat yang terbaik buat sahabat simai...insyaAllah
simai nak jadi pencinta Allah dan Rasul yang lebih baik dari sebelum ni...insyaAllah

mungkin perubahan simai nanti akan membuatkan orang di sekeliling tertanya-tanya
tapi simai lebih takutkan persoalan Allah dan para Malaikat andai simai still macam ni
simai nak berubah sedikit demi sedikit

simai nak dapatkan ketenangan hati,,keredhaan Ilahi
dan keredhaan mak ayah...
moga apa yang simai hasratkan dan harapkan dapat diperoleh
moga segalanya dipermudahkan olehNya
amin...

Ya Allah,,bantulah hambaMu..permudahkanlah urusanku dalam mencari redha dan cintaMu...

Sunday, November 11, 2012

:: weekend = hang out ::

Assalamualaikum,,,

hari ni merupakan hari ke-12 dalam bulan november...
simai datang kerja dengan keadaan yang kurang sihat...
gastrik + selsema = sakitnyaaaa...huhu
tapi takpe..demi kerjaya,,kuredahi jua..haha
em,,tapi simai taknak cerita pasal hari ke-12 ni..
simai nak cerita pasal apa yang jadi pada  hari ke 9,10 dan 11 dalam bulan november...
haaa....apa yg jadi ek??jeng3...

hari ke 9 bersamaan 9 november 2011 *of coz la kan...
bersamaan dengan 24 Zulhijjah 1433H..
simai dan kawan-kawan k.nora(cousin simai merangkap tuan punya rumah yg simai duduk sekarang)
celebrate burfday k.nora yg ke-37...
surprise utk dia....hehe





kitorang beli 2 regular size pizza n Honey BBQ wings...*disponsor oleh k.shu
kek secret recipe yg ada mcm2 jenis (4 jenis je pun)..*disponsor oleh simai..ecece..
side dishes yg lain (maruku n lain2)..disponsor oleh k.suri...
 sekian...
opps..ada lg la..

hari ke 10 dalam bulan november bersamaan 25 Zulhijjah 1433H..
 dlm jam 9.00 pg..simai n k.nora balik Taman Melati,Setapak..
simai drive sijau pergi sana memandangkan k.nora tak sihat..
then,,dlm jam 12.00 tghhari,,kitorang balik ke Putrajaya,,
terpaksa balik awal memandangkan langit mendung..
tapi jalan jammed pulak..so,,kitorang kt atas jalan tu lebih kurang 2 jam jugak la...
padahal kl-putrjaya bukan la jauh pun kn..tapi almaklum la..hari sabtu di kl..mcm tu la...
simai kesian kt k.nora tu je,,dia tak sihat tapi kena duduk dlm kereta selama tu lak..
so,,petang tu,,simai rest je kt umah..nk tgk tv,,tapi takde lak cerita yang menarik..
ptg tu,,around jam 6ptg,,bf *bestfriend ye* simai mesej ajak pergi nilai..memandangkan dh lewat petang n mood nk drive sijau pun takde plus simai baru bgn tidur..hehe
so,,simai tak ikut la...
dan around jam 10.00 mlm,,bf simai mesej lgi,,dia ada kat foodcourt presint 9...
aip..nk jumpa ke??haha..
mesej dan mesej lagi...dia ckp nk pergi uptown kl..
apa lg...simai pun yg tak tahu nak buat apa kt rumah..ikut la bf simai ni..
mula2 mcm tak bagi ikut..*sebab dh lewat kot*..tapi last2 bagi jugak..
bg simai ambik simai kt rumah n kitorang pergi uptown...
beli apa???simai beli jubah n tudung...habis la RM150...
bf simai ngan kawan dia?beli brg diorng la...haha
dlm kul 2.30 pgi,,kitorang sampai rumah simai..sampai je kt bawah rumah..sunyi je*ye la..tengok masa la*...
mcm menakutkan je...so,,simai ajak la bf simai temankan sampai depan pintu...
rumah kt tingkat atas,,kena naik lif,,,of coz la menakutkan nak naik time tu kn...hehe
*tidur*

hari ke 11 bulan november bersamaan 11 november 2012...
 apa yg jadi pulak???
dlm jam 10 pg..simai mesej bf simai..*sebab tetiba rasa nak tengok wayang**istanbul aku datang*
tapi dia pegi gemas la pulak..em,,takpe la..
around jam 12.oo tengah hari,,simai keluar...
hajatnya nak pergi cari hadiah utk kwn simai yg nak bertunang...
dlm masa memanaskan enjin kereta,,simai miscall mak simai..*rindu*
miscall je..nnt dia call balik sebab dia guna line..*simai jimat kredit*..hehe
lagu give your heart a break berkumandang...
borak2 ngan mak simai...lebih kurang sejam jugak la...
simai gtaw dia nk keluar..nak pergi cari hadiah kwn bertunang..
last2,,mak tnya simai..awak tu,,bila pulak nak bertunang???jeng3..
jwpn simai :: em,,sabar ye mak...calon pun belum ada la..nak kerja dlu la..nk cari duit dlu..bg kewangan stabil...malas lg nk fikir pasal ni mak...haha *ok x??*
so,,dh habis bergayut ngan mak simai..simai gerak pergi alamanda,putrajaya..
pusing punya pusing...tak tahu nak beli hadiah apa..last2 masuk mph bookstore..jamu mata sambil kutip ilmu.
n simai beli satu buku yang menarik hati simai.. *100 sunnah Rasulullah s.a.w yang makin dilupakan*
lepas mph,,pergi watson lak...*ni bukan cari hadiah ni..ni dh cari pasal ni*hehe
tetiba lagu sayang nyanyian shae berbunyi dari telefon simai...memandangkan ada mesej masuk..
eh2..bf simai mesej gtaw dia otw blik port dickson...
em,,apa lagi,,simai yg bersemangat nk tengok cerita istanbul aku datang...terus pergi kt parking kereta...
start sijau,,n terus pergi PD...sampai sana pergi pantai dulu*setelah sekian lama tak mengadap pantai*...
sambil tunggu bf simai,,simai melayan perasaan dulu kat pantai tu...
tak sampai setengah jam n tak sempat  perasaan ni melayang-layang..bf simai sampai...
terkejut simai bila tetiba ada orang buka pintu sijau..eh..bf simai ni..tak reti ketuk dulu...huhu
ok,,so apa lgi..jom la...tapi bf simai suruh check dulu showtime cerita tu...nak tengok yg mana dlm waktu paling terdekat...
so,,pergi simpan mr persona bf simai dulu sebab nak naik sijau...then,,bf simai ambik alih tugas simai..
dia yg tolong drive...*of coz la kn..gentleman konon kn..haha*
kitorng terus menuju ke terminal 2,seremban..pergi beli tiket dulu..done!!!seat B1 m B2 jdi sasaran kami...
tapi belum time lg...sementara tunggu cerita tu,,kitorang pergi terminal 1,seremban..
pergi cari hadiah...dh jumpa...apa ye??nnt la simai gtaw...mna blh gtaw sekarang kn..
then,,temankan bf simai cari seluar jeans..cari punya cari,,ada yang berkenan,,tapi takde size lak...
kesian,,bf simai ni kurus sgt..size 29-30...nnt ye kita pgi cari lg encik bf...hehe
pusing2 lg,,alamak!!!sandals simai putus lak..*mentang2 kat shopping complex,,,putus lak dia...
dh la bf simai gelakkan simai..tp dengan gentlemannya dia bwk simai pergi beli sandals baru...hehe
then,tgk jam,,sdh time tgk wayang..jom!!!
so balik ke terminal 2 semula..apa lg....


ok la ceritanya...not bad *bg pendapat simai la*
dh hbs cerita,,kitorang menuju ke masjid seremban,,solat maghrib n terus solat isyak...
then..balik ke port dickson...otw balik tu,,tetiba...aduhhhhhh...
perut simai kena gastrik lak...sakit sgt2...kebetulan dlm sijau ada air 100plus...
simai munim air tu..*kononnya nak bagi angin dlm perut keluar...
tapi tak keluar pun...bf simai suruh mkn roti...tapi takde selera la nk mkn..huhu
then,,baru ingat simai tak makan dari semalam...pagi pun tak makan...masa kat alamanda,,beli roti,,
tapi tak makan lg..hm,,patut la...*kena marah ngan bf simai sebab tak makan2..
tak pernah kena mrh nagn dia,,,tapi slh simai jugak kn...
dannnnn yg bestnya,,bf simai bwk simai mkn tempat best...mkn ikan fresh!!!
kat MPPD...bf simai pilih ikan pari..simai pilih ikan siakap...
alamak...tapi mcm biasa la...of coz la pilihan simai yg diikutnya kn...
ikan siakap masak stim..wah...
dh hbs mkn,,tgk jam dh lewat...so,,kena balik la..before balik,,ambik mr persona dulu..
otw pergi ambik mr.persona..simai mcm nk muntah2 lak..agaknya sebab ada angin dlm perut n tiba2 mkn...
perut pun sakit balik..aduhhh...em,,bf simai dh risau dh...nk bwk pergi klinik???ah,,x maw...
so,,xnk bg dia terlampau risau,,simai buat cool sikit...dh ambik mr persona,,masing2 balik ke destinasi..
bf simai kena masuk tempat dia before jam 12.00 mlm..
so..simai drive la sijau balik putrjaya..gerak jam 10.30..
sampai rumah dlm jam 12.00..alhamdulillah selamat jugak sampai...

so,,inilah simai yg suka berjalan-jalan...
kalau duduk diam,,rasa serba tak kena...

entry kali ni panjang sikit..3 hari punya cerita kn...
nantikan destinasi seterusnya... ^_^


simai

Sunday, November 4, 2012

:: Hang Out di Seremban ::

Assalamualaikum,,

ahaaa..tanggal 4 nov bersamaan dengan hari ahad di mana hari tersebut adalah weekend..
maka simai pun tanpa segan silu memandu viva sijaunya ke seremban..ecece

buat apa ye di sana??
tgk topik la kan..of coz la pegi hang out..
dengan encik bf nya..
what??bf??
bestfriend la..hihi
bf simai kerja kat port dickson...
jadi kami berjumpa di seremban la..

tepat jam 12.00 pm,,simai bergerak dari putrajaya..
hampir 1 jam perjalanan,,simai tiba di seremban..
jalan yang agak 'jammed'..
pening jugak nk mencelah semua kereta..
masuk tol seremban..alhamdulillah...
kad 'touch n go' mempercepatkan perjalanan simai...

sampai je di seremban,,terdengar suara azan..
menandakan masuknya waktu zohor bagi zon seremban serta zon yang sewaktu dengannya..huhu
simai terus drive sijau ke masjid seremban...

Masjid Seremban




lepas je solat zohor,,simai jumpa bf simai depan masjid...
bf simai bawa la simai ber'hangout'..hehe

pergi tengok wayang..
kat jusco seremban 2...


tengok cerita apa ye???
mula2 mcm bergaduh sikit la..
bf simai nk tgk skyfall..
simai nk tgk budak pailang...last...kitorang tgk.....


haha..dengan berbekalkan popocorn dan air coke,,
terjamu la mata kami berdua dengan cerita yang penuh dengan pengajaran...
antaranya,,doa seorang ibu sangat makbul,,nilai persahabatan sangat tinggi...
banyak sangat la pengajaran..huhu

habis tgk wayang,,pergi kedai buku popular,,
bf simai nk cari buku..boleh jugak simai tgk buku yg ada..tgk je...
sebab nak beli,,tapi tak bawa duit lebih la pulak...nk pinjam kt bf simai..
tapi tak pe la..nnt2 boleh beli lg..
after beli buku,,solat asar dulu sebelum meneruskan 'hangout' plan..)plan ke???hehe

then,,lapar la pulak...nak makan kat jusco,,ramai sangat la pulak orang..
last2,,kami berdua pergi ke tesco extra seremban 2...


dengan meredah hujan,,(tapi tak basah pun sebab naik kerata bf simai)hehe
kami tiba di tesco,,,makan n shoppingggggg!!!!!

dh habis shopping,,tgk jam dh pukul 7 mlm..
so,,bergerak ke masjid seremban sebab nak ambil sijau..

sampai masjid,,solat maghrib dulu,,after solat maghrib,,
bf simai tukar wiper sijau yang dh haus..
then,,masa utk pulang ke putrajaya...
simai pun bawa sijau sambil diiringi bf simai dari belakang..
sampai di putrajaya,,simai parking sijau di rumah..then,,kami berdua pusing2 di putrajaya pulak...
penat berpusing2..kami berdua pergi makan kat presint 9..
dan memandangkan jam sudah pukul 10 malam..
bf simai dh kena balik port dickson..
so,,lepas hantar simai..bf simai pun drive balik ke sana...

jadi,,begitu lah kisah 'hangout' simai di seremban..
haa,,,lepas ni mana pulak ye simai nak pergi???
nantikannnn......


simai

Thursday, November 1, 2012

:: Latihan Industri ::


setelah sekian lama membiarkan blog ini bersawang begitu saja,,,
simai kembali mengupdate status terkini...
ecece..ayatttt...haha

Alhamdulillah,,,
sedar tak sedar..
sudah hampir 2 bulan simai berpraktikal kat sini...
em,,kat mana tu ye??
hehe

simai sekarang ni buat praktikal kat
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya
kat bahagian yang paling sibuk dalam kementerian ni..tapi sempat lagi update blog...ekeke
BDPS..Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik..

Dalam 2 bulan ni..mcm2 yg simai buat n belajar....
"Belajar Terus Belajar"...semangat GPMS tetiba..hehe
simai jadi sekretariat untuk majlis perundingan (AD) KPDNKK..
ada 5 AD semuanya..

1st,,kat menara harta intelek (MyIPO),KL
2nd,,kat menara SSM,KL Sentral
3rd kat Sarawak (tpi simai x pergi Sarawak)..just sekretariat jarak jauh je
4th,,kat Sabah (mcm Sarawak,,simai x pergi gak)
and last skali kat Hotel Seri Pacific,KL

nk setelkan 5 AD ni,,sgtlah mengambil masa yg agak lama...
tapi berkat kerjasama dan kesabaran simai,kerani2 dan pegawai2 kat sini yg sgt sporting habis
dapatlah kami siapkan semuanya...

pengalaman???
dpat jumpa CEO-CEO,,bos2 besar,,org2 hebat,,jumpa minister...
dapat asah softskill..
mcm2 lagi la..

hm,,tu pasal AD..kerja lain yg simai buat kat sini??
simai ada tolong siapkan projrk CnCr atau lebih dikenali dengan
Commerce and Consumer Report..
rasa mcm dh jadi stastician betul dh...besttt!!
nk siapkan report projek,,bekerjasamalah kami berempat,,
Puan Sharenawane,,Puan Latifah,,Fathir,,terima kasih untuk tunjuk ajar...
 
ada gak simai buat projek sendiri...
proposal dh siap..
puan sharena dh check..
tgu bos besar lak check..haha..
dh lulus,,blh la proceed ngan questionnaire...
 
byk gak la kerja yg kena siapkan..
conclusion:::::: best!!!hehe
 
ok,,so far,,sampai sini dulu la..simai nk sambung kerja...bye semua!!!