Monday, December 24, 2012

:: simai yang semakin sibuk ::

Assalamualaikum w.b.t,,,

Selamat bercuti buat sekalian rakan-rakan...
sempena 25 Disember ni,,dan sempena hari Krismas,,,
semua bercuti kan..kalau ada yang bekerja,,
bekerja lah dengan baik..ekeke

dah lama kan simai tak update blog ni..sibuk sikit sejak simai habis praktikal di KPDNKK Putrajaya hari tu...
habis je praktikal 10 disember lepas,,
simai bergerak balik ke Kedah 11 Disember...

12 Disember,,simai rehat kat rumah jap...
menghabiskan masa bersama family tercinta...

13 Disember,,simai ada program GPMS..
tapi nasib baik la program tu dekat je dengan rumah,,,
jadi,,takde lah simai kelam kabut sangat..
malam tu,,simai sambut family GPMS yang datang dari UiTM kelantan...
GPMS Caw. Khas UiTM Kelantan ada program Kursus Pemantapan Fasilitator 
kat Lata Celak Iboi,Baling...
bukan saja family GPMS dari UiTM Kelantan yang datang,,
ada jugak family dari GPMS Kebangsaan,,GPMS IIC n GPMS UniKL MSI Kulim...
Terima Kasih kepada yang membantu GPMS UiTM Kelantan..
and simai nak mintak maaf kat Ismadi merangkap Ketua Fasilitator merangkap ketua rombongan dari kuala lumpur merangkap ketua sukarelawan GPMS Kebangsaan...
sebab simai dah salah bagi direction...hehe..
nasib baik ada ayah simai yang bagi direction dengan betul..ekeke...
kalau nak cerita pasal program ni,,,memang penuh blog la kan..
apa2 pun..program ni best...
teima kasih jugak kepada rombongan GPMS dari Kuala Lumpur yang sudi singgah rumah simai...
nak makan banyak lagi,,singgah lagi nnt ye...
program habis 15 disember...ok done...

habis program,,simai rehat di rumah sambil men'settle'kan hal-hal family...
banyak yang perlu di'settle'kan...

then,,22 disember lepas,,simai bertolak ke Kelantan
memandangkan 23 disember simai ada taklimat report writing kat UiTM Kampus Kota Bharu...
sepanjang simai ada di Kelantan,,hujan lebat membasahi bumi kelantan...
and kat sini simai nak ucap terima kasih pada sepupu simai sebab sudi menumpangkan simai selama simai di sana...terima kasih atas layanan yang memuaskan...

dah habis taklimat,,24 disember,,simai balik ke Kedah...
selalunya,,dari kelantan ke rumah simai,,,4-5 jam je..
tapi hari tu,,perjalanan selama 8 jam sangat memenatkan...
kenapa 8 jam??
sebab jalan jam,,hujan lebat dan banjir,,,,
keluar dari Kelantan,,,still hujan lagi...
masuk je area Kedah,,hujan renyai2..
kepada warga yang terlibat dengan banjir,,jagalah diri anda...
jangan bermain air kerana air itu mungkin membahayakan nyawa anda...

simai terus update untuk 2 minggu terus kan..hehe
simai tak nak membebel banyak2 lagi sebab perlu siapkan report praktikal...
jumpa lagi nanti...



No comments:

Post a Comment