Monday, November 26, 2012

:: Sorry to say ::

Assalamualaikum w.b.t,,,

hari ni,,simai nak kongsikan satu perkara..
simai agak tak berpuas hati dengan apa yang simai tengok sendiri,,

beberapa hari lepas simai pergi satu program,,
yang dianjurkan oleh satu pertubuhan yang besar,,,
sorry to say,,simai jadi urusetia untuk program tu,,
*nama program perlu dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu*
memang simai rasa seronok dapat jadi urusetia program tu,,,
sebab simai ni kan jenis yang tak reti duduk diam...

program bermula hari jumaat..
jam 3 petang,,simai dan kawan check in kat hotel..
then,,malam ada dinner yang agak 'grand' la..
makan sedap..VVIP pun nampak 'happy'...
ada kambing panggang...*panggang kat situ*
simai duduk semeja dengan wakil salah satu universiti pantai timur...
baru 5 minit duduk semeja,,dah nampak mesra..
ini lah rakyat Malaysia..
mudah mesra...

ok,,teruskan dengan point...
masa tengah makan,,
bukan kami dan tetamu dihidangkan dengan makanan sahaja..
ada jugak persembahan,,,
nyanyian dan tarian..
nyanyian ok la..
ada 2 orang penyanyi..
sorry to say,,simai tak kenal dua2 penyanyi..
tapi ada orang cakap,,penyanyi lelaki tu pernah masuk rancangan realiti tv..
sorry to say again,,simai memang tak kenal..
memandangkan terlalu ramai artis baru...

sebenarnya,,bukan yang tu simai nak cakap,,
salah,,nak taip..hehe..
persembahan tarian malam tu agak menarik...
ada banyak tarian,,,
dah habis satu tarian,,,penari2 tu masuk tukar baju lain...
dan ada satu tarian,,,
background music,,gangnam style...
dan dalam tarian ni,,ada babak2 yang tak sepatutnya ditarikan or ditunjukkan..
memandangkan ada vvip yang bukan calang2 orang..
dan tetamu yang ada kebanyakan dari kalangan mahasiswa/i...
sorry to say,,,bila budaya luar diambil 100%..
tanpa ditapis dahulu..
tak salah nak ambik lagu tu as background music,,
lagu rancak,,tarian pun best...
tapi lain yang jadi,,bila apa yang ditunjukkan 'terlalu di luar jangkaan'...
Gambar sekadar hiasan
ada yang mempersoalkan tarian tu pada simai,,,
tapi sorry to say,,simai dan kawan2 jadi urusetia selepas dinner malam tu..
kami diberi tugas bermula hari sabtu...
sorry to say again,,memang kami langsung tak tahu pasal tarian ni..
dan sepatutnya pengurus tarian perlu peka dengan setiap langkah tarian ni..
memandangkan VVIP dan tetamu kebanyakannya adalah orang Islam,,,

simai cuma nak pesan,,
berhati2 lah dengan setiap langkah yang diambil...
sebab yang akan dapat nama adalah penganjur,,
mungkin ada yang terlepas pandang,,
tapi bila ia melibatkan 'big event'..
kita perlu lebih peka...

and last but not least,,
simai nak minta maaf andai apa yang dibicarakan agak kasar,,
dan andai ada menyentuh hati mana2 pihak,,,
maaf sekali lagi...
^_^

No comments:

Post a Comment