Thursday, November 29, 2012

:: perempuan dan lelaki = bestfriend | boleh ke??? ::

Assalamualaikum w.b.t,,,

hari ni simai nak discuss satu topik...
topiknya??boleh ke perempuan dan lelaki jadi bestfriend??
hanya bestfriend dan statusnya tak lebih dari seorang sahabat baik...

ada sesetengah mengatakan bahawa lelaki dan perempuan,,kalau sudah terlalu baik,,
status boleh ditukar atau lebih senang kita cakap,,boleh jadi kekasih...
 kalau kita ada kawan baik dalam satu kumpulan (merujuk kepada kumpulan yang mempunyai ahli ramai),, mungkin perasaan itu berbeza...
maksudnya,,perasaan boleh dikawal dan perasaan itu tidak lebih dari seorang sahabat.
ini pendapat orang la kan...

tapi bagi simai,,
walaupun seorang perempuan dan seorang lelaki menjadi baik*merujuk kepada 2 sahabat baik lelaki dan perempuan
perasaan sebagai sahabat baik akan terus kekal seandainya kedua-duanya bijak memainkan peranan sebagai sahabat
sebagai contoh,,,simai sendiri ada seorang sahabat baik...kami berkawan sejak dari tingkatan 4..
dan sehingga sekarang status itu masih kekal...
kami senang berkawan...kami senang berkongsi masalah bersama...
dan simai rasa,,,simai lebih menjadi diri sendiri bila simai dengan dia...

simai nak berkongsi sedikit tips untuk lelaki dan perempuan yang nak jadi kawan baik...
* ikhlas kan hati nak berkawan - yang ni penting sekali..nak buat apa pun,,hati kenal ikhlas kan??
jangan la ada niat nak ambik kesempatan..contohnya,,berkawan sebab dia anak orang kaya..
berkawan sebab dia cantik/handsome..tak perlu2...ikhlaskan hati,in sha Allah,,semuanya pasti baik
*abaikan perasaan cinta - haaa...yang ni penting...kalau pun kita ada perasaan cinta pada sahabat baik sendiri,,kita abaikan dulu..maksud simai,,bukan ignore 100%..tapi kalau kita yakin,,sahabat baik kita tu jodoh kita,,berdoa pada Yang Esa supaya satu hari dia jadi milik kita...tapi jangan diluahkan dulu..pernah simai dapat tahu dari seorang kawan simai ni yang persahabatan dia dengan kawan dia tak kekal lama lepas dia luahkan perasaan cinta..so,,tak perlu nak luahkan lagi..kalau betul jodoh anda dengan sahabat baik anda,,in shaa Allah,,nanti Tuhan akan tunjukkan jalan...
*sentiasa berdoa - ni lagi satu tips penting...sentiasa doakan persahabatan anda dan sahabat anda...
lepas solat...dah doa untuk kedua ibu bapa,,doa untuk diri sendiri,,jangan lupa berdoa untuk sahabat...
doa adalah hadiah yang paling yang paling ikhlas,,dan paling bernilai...in sha Allah persahabatan itu milik anda...
*sentiasa ada give and take - yang ni lak,,simai dengan sahabat baik simai selalu jugak la ada..tak kisah la 'give n take' tu dalam bentuk apa...harta benda ke,,keputusan ke,,masalah ke...contohnya,,kalau simai pergi mana2,,simai belikan dia something..sebagai kenangan..kalau keputusan pulak,,kami selalu bincang..nak pergi mana ke,,nak buat apa ke..kalau maslaah pulak,,jangan kita je selalu beritahu masalah kita..dia pun mungkin ada masalah kan..kadang2 kita kena jadi pendengar jugak kan...
*bergaduh adalah perkara biasa - yang ni memang selalu la kan..macam simai sendiri,,,kami dah bersahabat selama 7 tahun..tipu la kalau tak pernah gaduh..gaduh besar,,gaduh kecik..semua dah pernah..tapi sehari dua je..bila dua2 dah ok,,kena sama2 mintak maaf kan...simai dengan sahabat simai,,kadanag2 nak buat keputusan pun boleh gaduh...gaduh2 manja..hehe..
*sentiasa menyokong - apa pun yang sahabat kita nak buat,,sokong la dia..walaupun kita seorang je yang sokong dia..kalau rasa apa yang dia nak buat tu salah..betulkan la kesilapan dia..sahabat kita akan lebih bersemangat nak buat sesuatu apatah lagi kalau sahabat baik dia sendiri yang bagi sokongan...

setakat ni,,tu je la tips yang simai dapat kongsikan...dan yang ni la yang simai dan sahabat baik simai buat...simai lebih suka hubungan persahabatan ni,,sebab simai boleh jadi diri simai sendiri,,simai boleh jadi nakal2..boleh je nak kutuk dia...dan dia pun macam tu...selalu je kenakan simai,,selalu tegur kalai simai salah...

oppss...simai baru teringat,,simai belum bagi lagi hadiah simai beli kat dia masa simai pergi sabah n terengganu...hadiah sabah ada kat rumah mak,,hadiah terengganu ada je kat simai ni..nnt ye simai bagi...

saya sayang sahabat saya ^_^


No comments:

Post a Comment