Sunday, December 9, 2012

:: Twilight Breaking Dawn Part II ::

Assalamualaikum w.b.t,,,

mood hari ni :: twilight!!!!
hik3...
almaklum la..weekend lepas,,simai pergi tengok movie ni dengan bestfriemd simai
kitorang pergi tengok dekat GSC Berjaya Times Square...
masa tu,,tiket untuk premierre class tinggal 4 je.. 
so,,nasib kitorang agak baik la hari tu..
and kitorang pilih seat tepi sekali...2nd row...senang kata G5/6..
simai memang suka duk tepi...

ok,,teruskan dengan cerita...
erm,,simai nak bagi 6 star out of 5 untuk cerita ni...*hyperbola sangat!!
cerita yang sangat romantik,,kekeluargaan,,persahabatan,,suspens,,fuhhh..terbaik la...


cerita ni mengisahkan macam mana keluarga Cullens pertahankan Renesmee(anak Bella dan Edward)...
Viltori nak hapuskan keluarga Renesmee sebab kononnya Renesmee ni immortal children..
so,,family Cullens ataupun family Edward berusaha mencari saksi sebab nak buktikan Renesmee ni bukan immortal children
Renesmee ni sebenarnya anak half human dan half vampire...itu yang keluarga Cullens nak buktikan...
nampak kan elemen kekeluargaan kat situ...
and untuk elemen persahabatan pulak,,Jacob sanggup tolong Bella dan Edwart...
romantik???of coz la Bella dan Edwart yang sangat romantik...
oppsss,,lupa pulak ye nak gtaw,,Bella dah jadi vampire dalam siri ni...
suspens???em,,masa Viltori nak hapuskan family Cullens...
family Cullens terhapus ke???
jawapannya di panggung wayang ye..pergi la tengok..sebab cerita ni sangat sangat sangat best..
macam simai cakap tadi,,,6 star you....huhu..
 


Wednesday, December 5, 2012

:: Jualan Gudang Karangkraf ::

Assalamualaikum w.b.t,,,

kita teruskan dengan sesi luahan perasaan..
luahan perasaan??
bukan la luahan perasaan sangat pun...
tapi sesi story morry..haha

okeyh,,,urm,,hari sabtu lepas a.k.a. 1 Disember 2012
simai pergi Jualan Gudang Karangkraf..
@seksyen 15,Shah Alam...

tersangat la ramai orang yang ada kat jualan tu...
mana tak nya kan...
diskaun fro 30%-80%...
memang gempak la kan...
so,,simai tak melepaskan peluang menjelajah gudang tersebut...
walaupun hujan membasahi bumi + hati..uhuk2
tapi buku tetap di hati...

taknak story panjang2..jom layan gambar dulu...

 masa ni simai tengah survey2 novel...tengok tu,,diskaun 30%...
survey buku lagiiiiii....
 sesudah membeli buku...muka macam hepi2 je kan...of coz la...hehe
 again >.< 
nampak tak jalan yang basah..membuktikan hujan yang turun...

depan banner yang sangat besar...
"model" nampak kecik je..ayoyo..

 model buku + model sijau..haha
#nak tunjuk buku yang baru lepas beli...
zoom sikit...nampal tak buku yang simai beli...
#rinduku pada Baitullah
#Lembayung kasih-Mu
#Setia Hujung Nyawa

simai beli 3 buku je..
memandangkan duit yang dibawa tak banyak..
sebab memamng bajet nak beli under RM50..
kalau bawak banyak..memang banyak la dibeli...
tengok orang lain beli,,sampai berbakul bakul...

FYI,sekarang ni simai tengah baca novel #Lembayung kasih-Mu...

ok la..done for today's post...
see u later...

 

Thursday, November 29, 2012

:: perempuan dan lelaki = bestfriend | boleh ke??? ::

Assalamualaikum w.b.t,,,

hari ni simai nak discuss satu topik...
topiknya??boleh ke perempuan dan lelaki jadi bestfriend??
hanya bestfriend dan statusnya tak lebih dari seorang sahabat baik...

ada sesetengah mengatakan bahawa lelaki dan perempuan,,kalau sudah terlalu baik,,
status boleh ditukar atau lebih senang kita cakap,,boleh jadi kekasih...
 kalau kita ada kawan baik dalam satu kumpulan (merujuk kepada kumpulan yang mempunyai ahli ramai),, mungkin perasaan itu berbeza...
maksudnya,,perasaan boleh dikawal dan perasaan itu tidak lebih dari seorang sahabat.
ini pendapat orang la kan...

tapi bagi simai,,
walaupun seorang perempuan dan seorang lelaki menjadi baik*merujuk kepada 2 sahabat baik lelaki dan perempuan
perasaan sebagai sahabat baik akan terus kekal seandainya kedua-duanya bijak memainkan peranan sebagai sahabat
sebagai contoh,,,simai sendiri ada seorang sahabat baik...kami berkawan sejak dari tingkatan 4..
dan sehingga sekarang status itu masih kekal...
kami senang berkawan...kami senang berkongsi masalah bersama...
dan simai rasa,,,simai lebih menjadi diri sendiri bila simai dengan dia...

simai nak berkongsi sedikit tips untuk lelaki dan perempuan yang nak jadi kawan baik...
* ikhlas kan hati nak berkawan - yang ni penting sekali..nak buat apa pun,,hati kenal ikhlas kan??
jangan la ada niat nak ambik kesempatan..contohnya,,berkawan sebab dia anak orang kaya..
berkawan sebab dia cantik/handsome..tak perlu2...ikhlaskan hati,in sha Allah,,semuanya pasti baik
*abaikan perasaan cinta - haaa...yang ni penting...kalau pun kita ada perasaan cinta pada sahabat baik sendiri,,kita abaikan dulu..maksud simai,,bukan ignore 100%..tapi kalau kita yakin,,sahabat baik kita tu jodoh kita,,berdoa pada Yang Esa supaya satu hari dia jadi milik kita...tapi jangan diluahkan dulu..pernah simai dapat tahu dari seorang kawan simai ni yang persahabatan dia dengan kawan dia tak kekal lama lepas dia luahkan perasaan cinta..so,,tak perlu nak luahkan lagi..kalau betul jodoh anda dengan sahabat baik anda,,in shaa Allah,,nanti Tuhan akan tunjukkan jalan...
*sentiasa berdoa - ni lagi satu tips penting...sentiasa doakan persahabatan anda dan sahabat anda...
lepas solat...dah doa untuk kedua ibu bapa,,doa untuk diri sendiri,,jangan lupa berdoa untuk sahabat...
doa adalah hadiah yang paling yang paling ikhlas,,dan paling bernilai...in sha Allah persahabatan itu milik anda...
*sentiasa ada give and take - yang ni lak,,simai dengan sahabat baik simai selalu jugak la ada..tak kisah la 'give n take' tu dalam bentuk apa...harta benda ke,,keputusan ke,,masalah ke...contohnya,,kalau simai pergi mana2,,simai belikan dia something..sebagai kenangan..kalau keputusan pulak,,kami selalu bincang..nak pergi mana ke,,nak buat apa ke..kalau maslaah pulak,,jangan kita je selalu beritahu masalah kita..dia pun mungkin ada masalah kan..kadang2 kita kena jadi pendengar jugak kan...
*bergaduh adalah perkara biasa - yang ni memang selalu la kan..macam simai sendiri,,,kami dah bersahabat selama 7 tahun..tipu la kalau tak pernah gaduh..gaduh besar,,gaduh kecik..semua dah pernah..tapi sehari dua je..bila dua2 dah ok,,kena sama2 mintak maaf kan...simai dengan sahabat simai,,kadanag2 nak buat keputusan pun boleh gaduh...gaduh2 manja..hehe..
*sentiasa menyokong - apa pun yang sahabat kita nak buat,,sokong la dia..walaupun kita seorang je yang sokong dia..kalau rasa apa yang dia nak buat tu salah..betulkan la kesilapan dia..sahabat kita akan lebih bersemangat nak buat sesuatu apatah lagi kalau sahabat baik dia sendiri yang bagi sokongan...

setakat ni,,tu je la tips yang simai dapat kongsikan...dan yang ni la yang simai dan sahabat baik simai buat...simai lebih suka hubungan persahabatan ni,,sebab simai boleh jadi diri simai sendiri,,simai boleh jadi nakal2..boleh je nak kutuk dia...dan dia pun macam tu...selalu je kenakan simai,,selalu tegur kalai simai salah...

oppss...simai baru teringat,,simai belum bagi lagi hadiah simai beli kat dia masa simai pergi sabah n terengganu...hadiah sabah ada kat rumah mak,,hadiah terengganu ada je kat simai ni..nnt ye simai bagi...

saya sayang sahabat saya ^_^


Wednesday, November 28, 2012

:: Statistics vs Medic ::

Assalamualaikum,,,

tinggal berapa hari sahaja lagi simai akan menamatkan latihan praktikal di KPDNKK ni...
pengalaman yang sangat menarik,,,
opps,,belum habis praktikal lagi,,so,,belum masanya lagi nak ber'story' pasal ni...

actually,,simai nak share satu story ni,,
pasal simai la kan,,
'story'nya,,,,,,,,,,,,
bila student statistics belajar medic...
what??belajar medic??
bukan simai tukar course la...
actually,,simai kena buat satu research pasal harga ubat,,
perbezaan ubat paten dan ubat generik,,,
daripada kajian tu,,,simai boleh bagi cadangan pada kerajaan malaysia untuk jimatkan bajet negara,,
bunyi macam projek besar kan,,yup,of course la projek besar,,,
sangat-sangat besar...

at first,,simai dapat projek ni,,simai macam terkejut jugak la,,
simai ni hanyalah internship student kat sini,,
tapi maybe pegawai kat sini percayakan simai ni..
so,,dia bagi simai buat projek ni atas guidance dia...

dah dapat tajuk,,simai pening-pening lalat lagi...*lalat pun tak pening macam ni*
tapi,,pegawai yang baik hati tu telah meng'explain'kan serba sedikit pasal ubat ni...
*hancur bahasa melayu aku*
boleh la faham sikit...sebab mostly pasal research ni bukan pasal medic sangat,,
tapi pasal intellectual property (IP)..term ni simai pernah belajar last semester...
so,,tahu la jugak...

then,,dah di'explain'kan pasal topic research ni..
simai diberi data...
tengok data,,macam ok la,,*tengok je*
balik tempat simai,,nak cuba analyze...
fuh...berpeluh jugak la nak analyze tu..
sebab kena susun balik..
almaklum la..yg simai dapat tu,,raw data yang sememangnya belum diproses apa pun lagi...
*nama pun raw data kan*
nk susun balik ni satu hal..nama ubat tu macam-macam ada..
for examples.....atorvastatin,clopidogrel,lansoprazole,ciprofloxacin,,,
tu baru 4 jenis ubat...adoiii..
kalao nama paracetamol tu selalu jugak la dengar nya..
tapi simai ok je..sebab semangat nak belajar tu ada..hehe

em,,so far..research tu ok la...
tapi simai belum dapat full raw data lagi..
once simai dah dapat,,
in sha Allah,simai nak analyze dan terus buat slide presentation..
presentation untuk MOH *Ministry of Health*,KSU KPDNKK and so on...
memandangkan masa praktikal simai dah hampir tamat,,simai kena siapkan dalam masa terdekat ni...
 
Gambar sekadar hiasan

so,,wish me best of luck...
^_^

Monday, November 26, 2012

:: Snap gambar sendiri ::

Assalamualaikum w.b.t,,,

untuk post ni,,simai nak kongsikan satu berita..
berita???oh no,,cerita la...
bukan cerita apa pun,,,
first time simai snap gambar sendiri depan cermin toilet...
selalu tengok orang lain buat kan..
masa tu,,tgh tgu kawan..lama la plak kn..hihi
so,,tak tahu nak buat apa,,
simai snap gambar...
mcm ntah apa2 kan..snap gambar sendiri..
kat dalam toilet lak tu...
tapi nk share gak la...
simai yang pipi makin tembam,,
tapi ada orang kata
*orang lain yang cakap ye,,bukan simai*
simai nampak makin kurus sejak praktikal...
jom tengok ketembaman budak simai ni...

 #time ni simai pakai baju bersai 'L' yang besar...nampak kembang#kuang3

ok...finish the sory..
sesape yang nk kritik,,dah boleh kritik sekarang...lalala
^_^



:: Sorry to say ::

Assalamualaikum w.b.t,,,

hari ni,,simai nak kongsikan satu perkara..
simai agak tak berpuas hati dengan apa yang simai tengok sendiri,,

beberapa hari lepas simai pergi satu program,,
yang dianjurkan oleh satu pertubuhan yang besar,,,
sorry to say,,simai jadi urusetia untuk program tu,,
*nama program perlu dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu*
memang simai rasa seronok dapat jadi urusetia program tu,,,
sebab simai ni kan jenis yang tak reti duduk diam...

program bermula hari jumaat..
jam 3 petang,,simai dan kawan check in kat hotel..
then,,malam ada dinner yang agak 'grand' la..
makan sedap..VVIP pun nampak 'happy'...
ada kambing panggang...*panggang kat situ*
simai duduk semeja dengan wakil salah satu universiti pantai timur...
baru 5 minit duduk semeja,,dah nampak mesra..
ini lah rakyat Malaysia..
mudah mesra...

ok,,teruskan dengan point...
masa tengah makan,,
bukan kami dan tetamu dihidangkan dengan makanan sahaja..
ada jugak persembahan,,,
nyanyian dan tarian..
nyanyian ok la..
ada 2 orang penyanyi..
sorry to say,,simai tak kenal dua2 penyanyi..
tapi ada orang cakap,,penyanyi lelaki tu pernah masuk rancangan realiti tv..
sorry to say again,,simai memang tak kenal..
memandangkan terlalu ramai artis baru...

sebenarnya,,bukan yang tu simai nak cakap,,
salah,,nak taip..hehe..
persembahan tarian malam tu agak menarik...
ada banyak tarian,,,
dah habis satu tarian,,,penari2 tu masuk tukar baju lain...
dan ada satu tarian,,,
background music,,gangnam style...
dan dalam tarian ni,,ada babak2 yang tak sepatutnya ditarikan or ditunjukkan..
memandangkan ada vvip yang bukan calang2 orang..
dan tetamu yang ada kebanyakan dari kalangan mahasiswa/i...
sorry to say,,,bila budaya luar diambil 100%..
tanpa ditapis dahulu..
tak salah nak ambik lagu tu as background music,,
lagu rancak,,tarian pun best...
tapi lain yang jadi,,bila apa yang ditunjukkan 'terlalu di luar jangkaan'...
Gambar sekadar hiasan
ada yang mempersoalkan tarian tu pada simai,,,
tapi sorry to say,,simai dan kawan2 jadi urusetia selepas dinner malam tu..
kami diberi tugas bermula hari sabtu...
sorry to say again,,memang kami langsung tak tahu pasal tarian ni..
dan sepatutnya pengurus tarian perlu peka dengan setiap langkah tarian ni..
memandangkan VVIP dan tetamu kebanyakannya adalah orang Islam,,,

simai cuma nak pesan,,
berhati2 lah dengan setiap langkah yang diambil...
sebab yang akan dapat nama adalah penganjur,,
mungkin ada yang terlepas pandang,,
tapi bila ia melibatkan 'big event'..
kita perlu lebih peka...

and last but not least,,
simai nak minta maaf andai apa yang dibicarakan agak kasar,,
dan andai ada menyentuh hati mana2 pihak,,,
maaf sekali lagi...
^_^

Sunday, November 25, 2012

:: Konvensyen Penjaja dan Peniaga Kecil (Bah II) ::

Assalamualaikum w.b.t,,,

hai alls,,,
urm,,mcm yang simai janjikan dlm entry sebelum ni...
simi nk kongsikan sedikit ilmu yang simai dpt masa bengkel konvensyen...
tapi tak banyak la yg dapat dikongsikan,,
sebab simai jadi sekretariat program..

ada seorang moderator dan 4 orang ahli panel..
moderator : Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil bin Che Din
Ahli Panel : 1)YBhg. Dato' Dr. Hj Ameer bin Mydin
2) YBhg. Dato' Nelson Kwok Teng Foon
3) YBhg. Dato' Moehamad Izat Emir bin Ahmad Habechi
4) En. Vijaya Kumar a/l Kishin Singh

 dari kiri : YBhg. Dato' Nelson Kwok Teng Foon, YBhg. Dato' Dr. Hj Ameer bin Mydin, Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil bin Che Din, YBhg. Dato' Moehamad Izat Emir bin Ahmad Habechi, En. Vijaya Kumar a/l Kishin Singh

Panel 1

- Business perlu ada lesabaran
- Catat. Tuan Mydin selalu dengan buku 555. Jadi setiap apa yang perlu, dicatatkan dalam buku 555.
- Usia hanya sekadar angka. Tambahkan ilmu selaras dengan zaman teknologi sekarang.

Cara Mydin berniaga :
1 - Globalisasi Halal
2- Konsep Borong
3 - Penyertaan IKS/PKS
4- Kepelbagaian
5 - Ganjaran kepada pelanggan
6 - Jujur dan beri perhatian kepada pelanggan
*Pelanggan no. 1 (Ichiban)
*Pelanggan sentiasa betul
7 - Give what your customers want
8 - Staf adalah penting
9 - Sedia menerima perubahan
10 - Minat penting
11 - Teknologi
12 - Lakukan mengiku cara yang halal
13 - Disiplin 
*Punctuality very important
 YBhg. Dato' Dr. Hj Ameer bin Mydin sedang berkongsi ilmu

Panel 2

Produk popular : Jagung Nelson's

Mengamalkan 5 P's dan SHARP
*Product
*Price
*Place
*People
*Promotion

S - Services, smile, sales, self discipline, sincerity
H - Honest, harworking, helpful, humble, helathy
A - Active, alert, action, awareness
R - Responsible, respect, recognition, righteousness
P - Product knowledge, patient, proactive, passion
 YBhg. Dato' Nelson Kwok Teng Foon memberi sedikit ilmu


Panel 3

- muka tebal cari rezeki
- rajin
-kena da cita-cita / angan-angan
- bercampur dengan orang berjaya
-everything you do, kena cepat
- kalau ada orang tiru product kita, take it positive

 Perkongsian ilmu oleh YBhg. Dato' Moehamad Izat Emir bin Ahmad Habechi

Panel 4

#Pengarah Pusat Tusyen Rakan
#Tahun ke-2,buka 3 cawangan tusyen

- jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan
jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan
*En. Vijaya mengaitkan ayat ini dengan cerita semut...
-berwawasan, bervisi, bermisi
#learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow#
-berdikari
#don't depend too much on anyone in this world 
because even your shadow leaves you when you're in darkness#
-mantapkan diri dengan maklumat terkini
-bijak mengambil peluang
#it is hard to fail but it is worse never to have tried to succeed#
- usahawan mestilah fleksibel
#anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda
tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda#
-komitmen yang tinggi
#kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa#
-teliti dalam perbelanjaan syarikat 
#belajar bersyukur ketika mendapat keuntungan
belajar tersenyum ketika mendapat kerugian#
-tidak mudah putus asa
-berhati waja dan sanggup menghadapi cabaram
#kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah#
-lebih bertenaga
-sanggup berubah
 En. Vijaya Kumar a/l Kishin Singh penuh bersemangat

Maaf la ye,,sharing dalam bentuk point...lg senang simai rasa dlm bentuk point..hehe
so,,sesape yg nk jd usahawan berjaya,,boleh la amalkan petua dari 4 orang usahawan hebat ni...
yang tak nak jadi usahawan,,tapi nak kerja lain,,still nak berjaya kan..
boleh juga ambil petua ni..tapi selaraskan dengan kerjaya anda2 ye..
ni je untuk entry kali ni..
jumpa lagi u alls...
^_^